Thursday 15 October 2015

Hari pertama haziem dirumah pengasuh



Cuti bersalin dah semakin habis...
19/10/2015 aku akan mula naik kije...so rutin macam biasalah kena cari pengasuh untuk anak terunaku harris haziem..

Alhamdulillah dengan pertolongan kawan hubby. Kami dpt pengasuh yang dekat dengan rumah kami....alhamdulillah rezeki kamikan...

Semalam - 15 & 16 oct bermulalah sesi utk menghantar haziem ke rumah pengasuh untuk sesi suai kenal dgn pengasuh & kanak2 yang ada disitu...
Makcik tu amik byrn RM300 shj siap mkn uollllssss..

Hari pertama hantar....aduh rs sunyi je rumah...apa nk buat ni...boringnya bila duduk sorang2 kat rumah tanpa anak2...rumah pun x bersepah kemas je. Tp buat apa rumah kemas tapi hati kosong...kosong.  kosong....ooooooo
Cepatlah jam ni berputar..x sabar nk jmp haziem..nk dgr dia berleter..hihihihihi
Pukul 6 lbh...yeahhhh..jom amik haziem...seronoknya...rindu dgn budak nakal tu tau...makcik tu kata haziem ok..tp suka tahan mata nk tidur...minum susu smp 5 kali...oh my god...bnyknya  haziem minum...mkn tetap mkn....ish haziem ni.  Knyg air je perut awak tu tau...sebenarnya bab tidur si haziem ni..hny ibu dia je yg tahu mcm mn...hihihihihi...so kepada pengasuh haziem...kenalah tackle dia ya...bab minum susu bnyk tu...mungkin sbb dia tgk org nk susu..dia pun sibuklah sekali..sebenarnya haziem ni.. sng je nk jaga dia...hihihihihi..tu aku la yg taukan dh anak aku...hahahaha..tp bersyukur sbb pengasuh haziem yg lama amat2 syg haziem..siap blh tackle hati haziem lagi..cayalah kak fiza...tp pengasuh yg baru ni.  Kita bg la dia tackle hati haziem dl ya mcm mn....

Harap2 haziem dgn pengasuh yg baru ni.  Oklah..hrp x buat bnyk sgt perangai...yerlakan budak2 br nk naik..akal pun pnjg dh...
Sentiasa berdoa utk haziem..semoga dia sentiasa dilindungi.. 
& pengasuh haziem akan syg haziem mcm cucu sendiri....
Aamiin...

Jangan nakal2 ya HARRIS HAZIEM...
ibu risau...tkt pape jadi pada awak...ibu akan sentiasa berdoa untuk awak HAZIEM...Muahhhhhhhhhhh IBU SAYANG KAMU DUNIA AKHIRAT...

Rumah Nia - Tanah perkuburan Islam Sg.Besi



Disinilah anak syurgaku disemadikan..Tanah perkuburan islam sg besi...


Luluhnya hati ibu sayang apabila melihat kuburmu sayang...kenapa hanya ada 1 sahaja batu nisanmu....ALLAHU AKHBAR....Beristighfar ibu nak...
Banyaknya dugaan kamu sayang...dari NICU kamu diuji dengan kesakitan sehinggalah kamu kembali pada DIA...sedihnya ibu nia...Allah sahaja yang tahu nia..
Kadangkala ibu x tau dimana silap ibu nia...

Rumah kamu bkn mcm ni sayang...rumah kamu lawa...papa tempah kepok & batu nisan yang terbaik buat kamu..berkonsepkan macam taman...ibu x tahu kenapa mereka sanggup buat mcm ni pada rumahmu nia...ibu marah...marah sgt2 nia...sampai hati...buat rumah anak ibu macam ni...ibu sedih nia...Ibu nangis dalam hati setiap kali ibu pergi rumahmu sayang...
Hari2 ibu tanya papa pasal rumah nia..kata orang masjid dia akan cuba berbincang dgn orang yang sudah diamanahkan untuk buat rumah nia tu...ibu berharap sgt...dia dapat memperbetulkan rumah anak ibu...ibu mahukan yg sempurna & yang terbaik utk anak ibu...

Ibu tahu tempat anak ibu disyurga...
Tp kenapa kita sekeluarga diduga sebegini...Allahu Akhbar...
Terlalu besar dugaanMU YA RABB...
& aku redha kerana inilah ujianku di duniaMU...



* kepada pakcik yang buat rumah anakku...sempurnakanlah..sepertimana yang telah suamiku telah byr kepadamu...
Tepatilah janji & jgn sesekali memungkirinya..
Duit itu adalah sedekah utk anakku...& melalui duit itulah kami sekeluarga ingin buat yang terbaik utk anak kami...
Walaupun dia dah x de dengan kami...

Astaugfirullahhalazim...
Subahanallah
ALLAHU AKHBAR..

AL-FATIHAH..




Wednesday 7 October 2015

Harris Haziem semakin membesar

HARRIS HAZIEM

pejam celik..pejam celik ibu bersyukur kerana kamu semakin membesar & kamu membesar didepan mata ibu..
Kamu belajar meniarap,merangkak,memapah&berjalan semua didepan mata ibu..
Ibu bersyukur pada yg maha esa kerana menganugerahkan kamu pada ibu
Kamulah kegembiraan ibu..

Sekarang umurmu telah mencecah 1 tahun 6 bulan..
Kamu semakin nakal..semakin kuat merajuk
Pening ibu...hihihihi
Tanpa kamu disisi.ibu rasa kosong..Kamu kekuatan ibu
Kamu membuatkan suasana dalam rumah ini riuh rendah dengan suara kamu
Kamu menjerit,kamu ketawa,kamu menangis..
Ibu akan sentiasa rindu saat tu apabila kamu membesar nanti..

Doa ibu buat kamu
Jadilah anak yang soleh
Anak yang sentiasa taat pada perintah Allah
Anak yang selalu mendoakan ibu bapa..

Ibu sayang kamu HARRIS HAZIEM
MUAHHHHHHH




Sunday 20 September 2015

perjuangan hanania nurhannani



Hanania Nurhannani Binti Haswad
Anak syurga kami
Kini hanya tinggal kenangan
IBU SAYANG NIA
19/08/2015  - 20/09/2015 

Nia...tenanglah kamu disana sayang..bermainlah semula ditaman syurga Allah..Allah akan menjaga kamu..DIA sebaik2 pencipta..
Nia ibu rindu semua tentang kamu..dalam rahim ibu inilah..ibu membesarkan kamu selama 40w...kamu terlalu nakal & aktif syg..ibu rindu dgn tendangan kecil kamu..wlupun ibu blm melihat kamu...

19/08/2015 - ibu serah diri dihospital..tanpa rasa sakit sehingga la ibu smp dihospital.. ibu terus sakit selang 5 minit..mudahnya sayang...jalan sudah dibuka 4cm...doktor pecahkan air ketuban...
Sakit kontraksi makin kerap & ibu x dpt menahannya syg...bukaan sudah buka kepada 9cm...ms tu hny Allah yg tahu..bila ibu diminta utk emergency operate kerana jantungmu sudah lemah..subahanallah..ibu takut syg..takut klu terjadi apa2 pd kamu..maka 5.06pm keluar la kamu mengikut tingkap...Allah comelnya rupa kamu..mcm abang sayang...dgr tangisanmu membuatkan ibu bahagia.penantian selama 40w..keluar juga kamu melihat dunia..tp doktor mengatakan kamu perlu dimasukkan di NICU kerana kekurangan oksigen...Allah sekali lagi perkara yg sm berlaku...dulu abangmu..kini kamu...abangmu dimasukkan di NICU selama 4 hr sahaja...tp kamu sampai sebulan...& pergi terus meninggalkan ibu tanpa ibu membuat apa2 utk kamu..
Hari2 ibu berulang alik melihat kamu di NICU.kesian kamu menahan sakit..ibu dpt rasa syg keperitan itu...subabanallah..terseksanya kamu..maafkan ibu syg...ibu x tahu dimana silapnya..
Hari berganti hari...ibu sedih sayang..hidup tanpa kamu disisi..ibu rindu nk peluk kamu..nk cium kamu..nk susukan kamu...ibu rindu semua tu...
Allah maha mendengar..ibu dibenarkan utk menyusukam kamu secara direct..bahagia ibu rasa...ibu ingat ibu blh trs bawa kamu pulang kerumah..ternyata sangkaan ibu meleset...kamu tidak dibenarkan keluar..kerana peparu kamu dijangkiti virus yg dimana doktor & professor sendiri x tahu virus apa..kamu diberikan ubat antiviral influenza..tp x berkesan..mcm2 ubat dimasukkan dlm badan kamu..ibu x sanggup sayang...sehinggala dktr beri kamu ubat penenang..kerana kamu terlalu aktif...& masa itulah ibu tgk kamu semakin lemah & x buka mata...Hari2 ibu bg smgt pada kamu nak..ibu x putus asa...sehingga la doktor kata...otak kamu sudah x berfungsi & kamu hidup sbb mesin & ubat2an...Allah...luluh hati ibu nia...
ibu kuatkan hati utk tabah & redha..
Pd 20/09/2015   - ibu lihat semua mesin oksigen dicabut & semua ubat2an diberhentikan...kamu pergi terus tinggalkan ibu nia...kamu telah kembali pada penciptamu.Allahhu Akhbar...sedih ibu nia..tp ibu kuatkan hati..dengan memeluk jasadmu..ibu cium kamu sepuas ht ibu..kerana ibu x sempat utk buat tu sebelum ini...pergilah sayang ibu redha...kamulah anak syurga kami..
Ibu lihat..kamu dimandikan & dikafankan..indahnya rupa kamu sayang...

Pergilah dengan tenang wahai anak syurgaku..
Kamu sentiasa dalam hati ibu...
Allah akan jaga kamu..
DIA lebih menyayangi kamu dari ibu...
Bergembiralah & tersenyumlah anak syurgaku..
Doakan ibu bapamu ni akan bersamamu di syurga
Aamiin...
Al-Fatihah

Friday 18 September 2015

penantianku selama 7 tahun


Alhamdulillah setelah 7 tahun penantian kami
Allah telah memakbulkan doa kami untuk mendapatkan  zuriat
Tanpa kenal erti putus asa..kami sentiasa berusaha untuk mendapatkannya...

Subahanallah..Allah maha mendengar doa2 kami..alhamdulillah syukur

Aku disahkan mengandung..rasa macam x percaya..berkali2 aku buat ujian kehamilan...&akhirnya berjumpa doktor untuk mengesahkannya
Bermulalah morning sickness yang teruk...tp alhamdulillah dr hari bertukar hari..minggu bertukar minggu..bulan bertukar bulan..perut makin membesar...& anak dlm kandunganku juga sihat..syukur...
Tibalah detik yang dinanti2 kan...seram memg seram...
Sakitnya Allah sahaja yang tahu..ALLAHU AKHBAR...
9 Jam dilabour room...dengan sokongan suami.. doktor & nurse yang ada disitu...maka lahirlah anak sulongku Harris Haziem Bin Haswad..Allah sungguh comel anakku..mcm x percaya .
putih..bibir bak delima...hihihi..hilang segala kesakitanku..apabila aku melihat dia...Dilahirkan dengan berat badan 3.33kg...
Diberi nama HARRIS HAZIEM BIN HASWAD

Dialah penghuni pertama dalam rahimku..
Dialah anugerah terindah dari Allah utkku..

Semoga jadi anak yang soleh anakku...